Cara Servis Kereta Sendiri



Bukan semua orang tahu tentang cara untuk servis kereta,lebih-leboh perempuan.Namun info ini juga berguna untuk lelaki.


Sebenarnya tak susah pun nak jaga kereta ni,jika ianya diberi perhatian cukup masanya insyaallah tiada masalah.Tapi anda mesti tertanya-tanya apa yang perlu anda servis? Dan bagaimana untuk mengetahui bila waktunya untuk servis kereta tersebut?


Berikut adalah 15 panduan yang boleh kami kongsikan kepada anda yang mungkin sangat berguna kepada anda.


1. Minyak Hitam


Minyak hitam yang bukan sintetik tu perlu ditukar setiap 5,000 km atau dalam tempoh tiga bulan.Jika individu yang menggunakan sintetik,mungkin dalam 7,500 km atau 10,000 km.


2. Filter


Sama seperti minyak enjin.Minyak mineral biasa 5,000 km.Minyak sintetik dalam 7,500 km hingga 10,000 km juga.Maksudnya,bila tukar minyak enji, korang kena tukar juga filter minyak tu sekali (oil filter).


3. Spark plug


20,000 km mengikut schedule maintenance book. Tapi korang boleh sampai 30,000 km hingga 40,000 km,tak ada masalah. Benda ni tak kritikal pun,tapi kalau dah lebih 40,000 km tu tak tukar,maka dia punya electrode pun nak nipis dah,elok lah tukar. Harga dia pun dalam sekita RM 20-25 untuk empat biji.


4. Bateri Kereta


18 bulan hingga 2 tahun,terpulang pada cara penggunaan.Bagi free maintenance battery tak perlu top up air,harganya lebih mahal. Beli bateri kereta daripada jenama yang boleh dipercayai sebab di Malaysia ni ada banyak barangan tiruan. Tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi sangat elok.Jadi,anda harus bijak dalam memilih sesuatu barang.


5. Timing belt


Timing belt ini ikut jenis kereta. 60,000 km untuk kereta Proton Wira,Saga.Proton Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV boleh tahan sampai 160,000 km. Ramai orang tak tahu,sampai saja 60,000 km mereka terus tukar tak kiralah pakai kereta apa pun.


6. Clutch plate


Clucth plate ni perkara subjektif. Kalau ikut pengalaman,hanya tukar bila perlu sahaja atau bila ada simptom ‘clutch slipping’ sewaktu pemanduan. Ini perkara yang susah nak diterangkan kerana ada yang kata bila 100,000 km baru tukar clutch


7. Fuel filter


Tukar bila dah sekitar 40,000 km sekali. Harganya pun murah dalam RM 15-20.


8. Air filter


Ditukar setiap 20,000 km, tapi jika anda tukar kepada K&N type, benda ni tak perlu tukar, cukup dibersihkan sahaja.


9. ATF (Automatic Transmission Fluid)


Minyak ni memang penting bagi anda yang menggunakan kereta auto. Jika tidak ditukar lebih daripada 30,000 km ini boleh menyebabkan kerosakan pada auto gearbox dan sekiranya berlaku, ia memerlukan perbelanjaan yang besar.


10. Gear oil


Bagi anda yang menggunakan manual gearbox, kereta tidak memerlukan ATF, namun anda harus menggunakan gear oil. Minyak ini boleh ditukar setiap 60,000 km.


PENDAFTARAN LESEN MEMANDU ,SILA KLIK BUTANG DIBAWAH